Monday 4 February 2013

Fadhilat dan khasiat bismillah

Asalamualaikum semua, saya mendoakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t. Insyaallah pada hari ini saya ingin kongsikan ilmu bismillah dimana bismillah adalah perkataan yang sangat agung bagi mereka yang mengetahui.

Disini saya ingin kongsikan khasiat bismillah untuk kehidupan kita kerana bismillah ini bukanlah sekadar perkataan malahan ianya ada keberkatan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Tiada hambapun mengucakpan bismillahirrahmanirrahim kecuali Allah Taala perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan.

Diantara khasiat bismillah barangsiapa membaca bismillah dan lahaulawalaquwwataillabillahilaliyyilazim maka ia akan terhindar daripada 70 musibah di luar jangka, kesusahan, penyakit gila dan membebel.


Tuesday 15 January 2013

Kedahsyatan Aura Selawat

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi

Petikan dari http://albakriah.wordpress.com

Monday 17 December 2012

Khasiat Habatussauda

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Harini saya nk bercerita serba ringkas mengenai khasiat Habbatus Sauda.

Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Maka dengan izin Allah S.W.T ia adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama,resdung, lelah atau sesak nafas, terutama pada bronchial asthma dan Cardiac Asthma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver), batu hempedu, batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis,luka-luka dalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih di hulu hati, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lainnya.

Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelumumur, rambut gugur dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk menegangkan kulit terutama bahagian muka.

Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan (Metris, Indimetris dan Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali datang haid sebulan atau tidak langsung datang haid, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir dan luka-luka usus kecil (colias).

Bagi mereka yang menghadapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata) angina ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan dari mencuba herba ini. Ia juga dapat melegakan kesan buruk daripada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit. Ia juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu.

PETUA ORANG MELAYU ZAMAN DAHULU
Bagi merawati sakit panau, bisul, kurab dan jerawat, bijirin habbatus sauda hendaklah digiling dan dicampurkan dengan sedikit cuka, kemudian disapukan kepada kulit yang mengalami masalah tersebut.

UNTUK KULIT SIHAT
Campurkan minyak habbatus sauda sama banyak dengan minyak zaitun. Sapu muka dengan campuran ini dan biarkan selama sejam. Kemudian basuh dengan pencuci muka yang lembut dan neutral.

RAMBUT GUGUR
Usap kulit kepala dengan limau, biarkan selama 15 minit kemudian basuh dan keringkan. Selepas itu sapu dengan minyak habbatus sauda. Ulangi setiap hari.

MANDUL (INFERTILITY)
Bagus dilazimkan samada punca dari lelaki atau perempuan. Dr Peter Schleicher menyatakan bahawa bahan-bahan dalam habbatus sauda boleh menolong menghilangkan kemandulan terutama bagi perempuan.

Tuesday 11 December 2012

Magnatic Aura Satu Produk yang luarbiasa

Asalamualaikum sahabat semua apa kabar? disini saya ingin kongsikan satu produk yang mempunyai khasiat yang luarbiasa, kerana terlampau banyak testimoni dan saya sendiri mengamalkannya seharian. Bukan sekadar promote ni ^_^ boleh dengar iklannya di radio IKIM.FM untuk mendengar secara live tentang kebaikannya. Disini saya tuliskan kebaikannya untuk sama-sama kita aplikasi agar membantu dalam ibadah dan perjuangan kita :-

Lenguh Sendi
Kebas Kebas
Lesu Badan
Sukar Tidur
Sakit Kepala
 
Sesuai Untuk Pelajar supaya lebih cergas dan cerdas
Lebih senang mengingati pelajaran
Tumpuan pada kerja atau semasa belajar
Terbukti dapat tingkatkan stamina
Memandu lebih bertenaga
Hubungan Intim
Resdung
Otot Kejang /Tarik mengkarung
Stress di tempat kerja
Urat bersimpul
Sengal sengal tulang
Tangan atau kaki kesejukan
Kerap kencing
Kurangkan ketagihan merokok
Kurangkan air ketum /arak (respon dari pengguna)
Mudah Selsema
Histeria
Masalah Lelaki dan wanita
Angin berlebihan
Batu Karang
Alahan
Bersukan dan kerja berat



Jika ada yang berminat silat sms ke 0108352866 untuk tempahan harganya rm29.90 sebotol belibanyak insyaallah dapat lagi murah ^_^

Wednesday 28 November 2012

Kunci Kekuatan Diri Menghadapi Ujian

Asalamualaikum sahabat semua

Semoga sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan yang penting dalam keadaan yang sangat tenang. Semakin kita menghadapi tahun yang baru (Masihi) semakin banyak ujian yang kita perlu hadapi, Makin ramai yang hidup dalam keluh kesah disebabkan ujian yang datang.

Diantara cara untuk kita menyelesaikan masalah adalah dengan berjumpa pak ustaz, pak kiyai, para syeikh untuk mendapat solution diatas permasalahan kita ini. Mengapa kita berjumpa mereka? ada yang ingin minta didoakan, ada yang minta berkat dan ada juga yang meminta ilmu.

Hakikat yang sebenarnya kita mencari ketenangan, itulah yang sebenarnya kita cari dan kita perlukan dimana kita tidak perasan perkara ini. Sebenarnya kekuatan kita didunia ini ialah ketenangan melalui ilmu dan ibadah yang kita lakukan, apabila kita tenang kita semakin mudah menyelesaikan masalah dan kita semakin dekat dengan Allah s.w.t.

Semoga berjumpa lagi, wassalam

Thursday 22 November 2012

Ilmu Perubatan Surah Yasin


Asalamualaikum sahabat semua, apa khabar semua. Saya mendoakan agar sahabat semua dalam keadaan yang sihat zahir dan batin serta dalam keadaan yang tenang. Dalam kehidupan ini jika kita tidak ada ketenangan maka banyak perkara akan mengganggu diri kita termasuklah makhluk yang bernama jin.

Sumber kekuatan kita didunia ini adalah Allah s.w.t dan Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai tempat rujukan kita sebagai seorang yang beriman kepadaNya. Disini saya perturunkan lagi satu ilmu merawat diri dan orang lain dengan menggunakan surah yasin dimana rahsia surah yasin ini sangat banyak kita ketahui melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Perubatan dengan menggunakan surah yasin ini sangat mudah, jika ada yang berminat sila sms 0108352866 dengan mahar rm 50 sahaja. Sesungguhnya kepada DIA lah kita berserah


Tuesday 6 November 2012

Ilmu Rawatan Penyembuhan 1

Asalamualaikum sahabat semua, apa khabar?

Alhamdulillah kita dapat bersama lagi di ruang maya yang tidak ada batasannya, tetapi kita perlu buat batasan agar tidak tersasar daripada melakukan perkara negatif dengan menggunakan alam maya ini.

Saya yakin ada dintara sahabat yang meminati ilmu rawatan tetapi ramai juga yang susah untuk membayar yuran nya kerana apa yang saya lihat kebanyakan yuran agak mahal, tetapi sahabat semua perlu ingat bahawa ustaz-ustaz yang mengajar ilmu rawatan ini semuanya mengeluarkan MODAL yang sangat banyak demi menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie Rahimallahutaala sendiri meletakkan wang sebagai alat untuk kita menuntut ilmu, maka jangan dipertikai yurannya tapi fikirkan apa kelebihan ilmu tersebut kepada diri sendiri dan orang ramai.

Satu ilmu rawatan yang saya ingin kongsikan bersama sahabat iaitu ilmu rawatan penyembuhan diri peringkat pertama, ilmu ini menggunakan medium air hujan dan ayat Al-Quran untuk menjadi bahan rawatan. Secara kaifiatnya amatlah mudah untuk sahabat semua amalkan sendiri di rumah untuk menjadi penawar kepada semua penyakit zahir dan batin biiznillah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Penyembuh. Jika ada yang berminat mahar bagi ilmu ini RM 50 sahaja, jika berminat sila sms 0108352866.