Tuesday 28 August 2012

Kesilapan pesakit semasa menjalani rawatan


Asalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua semoga kita berada dalam rahmat Nya sehingga akhir hayat.

Sedikit perkongsian pada hari ini iaitu tentang pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan,tidak kira dengan sapa jua rawatan yang anda buat perlu diingatkan bahawa dalam menjalani rawatan kita perlu ubah pemikiran kita dimana kebanyakan daripada pesakit meletakkan harapan 100% kepada perawat untuk sembuh, ini menyalahi aqidah. sedangkan segala penyembuhan keselamatan kesihatan datangnya dari Allah s.w.t.

Ramai yang marah apabila tidak mendapat result yang memuaskan selepas menjalani rawatan memaki hamun atau tidak puas hati kepada perawat, ini adalah salah. sepatutnya apabila kita belum mendapatkan kesembuhan selagi itulah kita berusaha berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Semoga dengan kesabaran kita menghadapi kesakitan dan kesusahan itu kita mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.

Disini saya menyeru mungkin mewakili semua perawat agar pesakit-pesakit bersabar dan banyak-banyak berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Jom ibadah....