Monday 10 September 2012

Ujian hidup.....

Asalamualaikum semua

Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana diberikan berbagai nikmat dengan free sahaja, Allah s.w.t tidak cas kita di hujung tahun walaupun banyak nikmat Allah s.w.t kita gunakan. Ramai manusia ditimpa ujian tidak kira siapa dia bangsa dia dan agama dia, semua orang ada ujian dalam hidup. Ini adalah lumrah dalam kehidupan, sesiapa yang tidak mahu ujian dalam hidup dia akan lemas dalam kehidupannya sendiri.

Bagi kita yang Islam dan beriman kepada Allah s.w.t perlulah sedar dan tahu bahawa ujian itu adalah untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t. Kita sebagai manusia memang payah untuk memahami game Allah s.w.t. ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak tahan, ada yang sanggup bunuh anak, ada yang sanggup bunuh emak dan sebagainya.

Ingatlah Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kita cuma kita kene dekat pada Nya supaya dapat jawapan atas segala yang terjadi bukan hanya meratapi hari-hari yang berlalu. Sebagai perkongsian sama-sama kita amalkan surah al-fatehah sebanyak-banyaknya supaya Allah s.w.t berikan kita kekuatan dalam mengharungi derita hidup keran Al-Fatehah adalah ibu Al Quran. Jika inginkan amalan yang lain untuk pengukuhan hati dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sila berhubung dengan saya sekian kita jumpa lagi insyaallah.