Tuesday 6 November 2012

Ilmu Rawatan Penyembuhan 1

Asalamualaikum sahabat semua, apa khabar?

Alhamdulillah kita dapat bersama lagi di ruang maya yang tidak ada batasannya, tetapi kita perlu buat batasan agar tidak tersasar daripada melakukan perkara negatif dengan menggunakan alam maya ini.

Saya yakin ada dintara sahabat yang meminati ilmu rawatan tetapi ramai juga yang susah untuk membayar yuran nya kerana apa yang saya lihat kebanyakan yuran agak mahal, tetapi sahabat semua perlu ingat bahawa ustaz-ustaz yang mengajar ilmu rawatan ini semuanya mengeluarkan MODAL yang sangat banyak demi menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie Rahimallahutaala sendiri meletakkan wang sebagai alat untuk kita menuntut ilmu, maka jangan dipertikai yurannya tapi fikirkan apa kelebihan ilmu tersebut kepada diri sendiri dan orang ramai.

Satu ilmu rawatan yang saya ingin kongsikan bersama sahabat iaitu ilmu rawatan penyembuhan diri peringkat pertama, ilmu ini menggunakan medium air hujan dan ayat Al-Quran untuk menjadi bahan rawatan. Secara kaifiatnya amatlah mudah untuk sahabat semua amalkan sendiri di rumah untuk menjadi penawar kepada semua penyakit zahir dan batin biiznillah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Penyembuh. Jika ada yang berminat mahar bagi ilmu ini RM 50 sahaja, jika berminat sila sms 0108352866.

Monday 5 November 2012

Banjir yang ada makna

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur diatas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung, tidak mampu untuk kita membayar segalanya kerana hakikat diri kita ini adalah sang fakir. Pada saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi bumi sehinggakan ada sesetengah tempat di negara kita ini mengalami banjir. Perkara ini bukanlah perkara yang luarbiasa tetapi adalah perkara yang biasa bagi tempat-tempat seperti johor,melaka dan kelantan.

Apa yang penting dalam kita menghadapi ujian ini ialah mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Tidaklah Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Hatta seekor lalat pun ada menfaatnya inikan pula kejadian seperti ini. Sekiranya kita redha dengan apa yang dihidangkan oleh Allah s.w.t kepada kita maka disitu ada nikmatnya, jika kita mengelauh sepanjang-panjang hari maka deritalah yang kita dapat.

Ingatlah jika kita mengeluh seolah-olah kita tidak setuju dengan apa yang DIA sediakan untuk kita sedangkan rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada qada dan qadar Allah s.w.t.