Monday 5 November 2012

Banjir yang ada makna

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur diatas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung, tidak mampu untuk kita membayar segalanya kerana hakikat diri kita ini adalah sang fakir. Pada saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi bumi sehinggakan ada sesetengah tempat di negara kita ini mengalami banjir. Perkara ini bukanlah perkara yang luarbiasa tetapi adalah perkara yang biasa bagi tempat-tempat seperti johor,melaka dan kelantan.

Apa yang penting dalam kita menghadapi ujian ini ialah mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Tidaklah Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Hatta seekor lalat pun ada menfaatnya inikan pula kejadian seperti ini. Sekiranya kita redha dengan apa yang dihidangkan oleh Allah s.w.t kepada kita maka disitu ada nikmatnya, jika kita mengelauh sepanjang-panjang hari maka deritalah yang kita dapat.

Ingatlah jika kita mengeluh seolah-olah kita tidak setuju dengan apa yang DIA sediakan untuk kita sedangkan rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada qada dan qadar Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment