Sunday 28 October 2012

Kita Perlu Ada Penasihat

Asalamualaikum sahabat semua

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidil adha kepada semua semoga pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam menjadi motivasi kepada kita untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalam perjalanan hidup kita ini perlu ada seseorang yang menegur kita agar perjalanan kita ini tidak melencong atau tersasar daripada matlamat yang hakiki. Perkara ini bukanlah perkara remeh tetapi perkara yang sangat perlu kita bimbang. Ramai yang merasakan dirinya sudah baik, tetapi sebenarnya kita lupa bahawa kita tidak terlepas daripada kesilapan. Jadikan guru anda, kawan baik anda, mak ayah anda sebagai tukang tegur dalam hidup kita agar kita sedar akan kesilapan diri kita dan taubat jika sedar apa kesilapan kita.

Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya yang sentiasa bersuci dan menyucikan dirinya dengan bertaubat, saya menyeru diri saya dan sahabat semua untuk membersihkan diri dari sifat mazmumah serta mencari guru yang dapat menegur diri kita supaya sukses di dunia dan akhirat insyaallah