Tuesday 14 August 2012

Ramadhan sudah diakhirnya

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kebesaran Allah s.w.t rasailah kerana jika kebesaran Allah s.w.t tidak ada dalam diri kita maka kebesaran makhluklah yang akan menguasai diri kita. Kini Ramadhan Al Mubarak sedang meninggalkan kita. Ramai yang masih di takok lama dalam menghadapi Ramadhan dan ada yang semakin hangat dengan ibadat di bulan Ramadhan.

Syukur kerana Allah s.w.t memberikan kita nikmat ini kerana sudah ramai yang pergi meninggalkan kita sebelum tibanya Ramadhan. Saya kira ramai yang sedang membuat persiapan raya, itu bagus tetapi ada yang lagi bagus sebenarnya. apa kata kita laksanakan ibadat yang sunat lebih banyak daripada persiapan raya. Ada diantara kita yang sanggup berpenat mengecat rumah tetapi untuk berpenat membaca Al_Alquran dan berzikir amat payah.

Bersempena dengan akhirnya ramadhan ini kita sama-sama banyakkan doa agar dapat membebaskan diri kita daripada api neraka amin....

No comments:

Post a Comment