Tuesday, 6 November 2012

Ilmu Rawatan Penyembuhan 1

Asalamualaikum sahabat semua, apa khabar?

Alhamdulillah kita dapat bersama lagi di ruang maya yang tidak ada batasannya, tetapi kita perlu buat batasan agar tidak tersasar daripada melakukan perkara negatif dengan menggunakan alam maya ini.

Saya yakin ada dintara sahabat yang meminati ilmu rawatan tetapi ramai juga yang susah untuk membayar yuran nya kerana apa yang saya lihat kebanyakan yuran agak mahal, tetapi sahabat semua perlu ingat bahawa ustaz-ustaz yang mengajar ilmu rawatan ini semuanya mengeluarkan MODAL yang sangat banyak demi menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie Rahimallahutaala sendiri meletakkan wang sebagai alat untuk kita menuntut ilmu, maka jangan dipertikai yurannya tapi fikirkan apa kelebihan ilmu tersebut kepada diri sendiri dan orang ramai.

Satu ilmu rawatan yang saya ingin kongsikan bersama sahabat iaitu ilmu rawatan penyembuhan diri peringkat pertama, ilmu ini menggunakan medium air hujan dan ayat Al-Quran untuk menjadi bahan rawatan. Secara kaifiatnya amatlah mudah untuk sahabat semua amalkan sendiri di rumah untuk menjadi penawar kepada semua penyakit zahir dan batin biiznillah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Penyembuh. Jika ada yang berminat mahar bagi ilmu ini RM 50 sahaja, jika berminat sila sms 0108352866.

Monday, 5 November 2012

Banjir yang ada makna

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur diatas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung, tidak mampu untuk kita membayar segalanya kerana hakikat diri kita ini adalah sang fakir. Pada saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi bumi sehinggakan ada sesetengah tempat di negara kita ini mengalami banjir. Perkara ini bukanlah perkara yang luarbiasa tetapi adalah perkara yang biasa bagi tempat-tempat seperti johor,melaka dan kelantan.

Apa yang penting dalam kita menghadapi ujian ini ialah mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Tidaklah Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Hatta seekor lalat pun ada menfaatnya inikan pula kejadian seperti ini. Sekiranya kita redha dengan apa yang dihidangkan oleh Allah s.w.t kepada kita maka disitu ada nikmatnya, jika kita mengelauh sepanjang-panjang hari maka deritalah yang kita dapat.

Ingatlah jika kita mengeluh seolah-olah kita tidak setuju dengan apa yang DIA sediakan untuk kita sedangkan rukun iman yang terakhir ialah percaya kepada qada dan qadar Allah s.w.t.

Sunday, 28 October 2012

Kita Perlu Ada Penasihat

Asalamualaikum sahabat semua

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidil adha kepada semua semoga pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam menjadi motivasi kepada kita untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalam perjalanan hidup kita ini perlu ada seseorang yang menegur kita agar perjalanan kita ini tidak melencong atau tersasar daripada matlamat yang hakiki. Perkara ini bukanlah perkara remeh tetapi perkara yang sangat perlu kita bimbang. Ramai yang merasakan dirinya sudah baik, tetapi sebenarnya kita lupa bahawa kita tidak terlepas daripada kesilapan. Jadikan guru anda, kawan baik anda, mak ayah anda sebagai tukang tegur dalam hidup kita agar kita sedar akan kesilapan diri kita dan taubat jika sedar apa kesilapan kita.

Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya yang sentiasa bersuci dan menyucikan dirinya dengan bertaubat, saya menyeru diri saya dan sahabat semua untuk membersihkan diri dari sifat mazmumah serta mencari guru yang dapat menegur diri kita supaya sukses di dunia dan akhirat insyaallah

Tuesday, 23 October 2012

Ijazah Asma Sungai Rajah

Asalamualaikum warahmatullah...

Salam kasih sayang dan salam keimanan kepada semua yang membaca, alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dapat kita bertemu dengan niat menjalin ukhuwah dan saling bertukar ilmu. Ilmu yang ada ini sangatlah sedikit      jika hendak dilihat kepada ilmu Allah s.w.t yang Maha Luas.

Sedikit perkongsian tentang amalan Asma Sungai Rajah  yang merupakan amalan yang digilai pada masa kini, kerana apa? kerana amalannya sangat mudah tetapi dengan izin Allah s.w.t khasiatnya sangatlah hebat. bagaikan kita mempunyai 40 ilmu kebatinan yang sangat ampuh.

Dengan izin Allah s.w.t seorang hamba Allah telah belajar dan banyak sekali pengalamannya, dimalam dia beramal terus bermimpi kalimah Allah...Muhammad di langit dengan amat jelas sekali...biiznillah... Menjawab soalan peperiksaan dengan memakai ilham sahaja seperti ada yang mengajar Allahuakbar....

Banyak lagi kisah yang menarik tetapi cukuplah sekadar itu, bagi sesiapa yang berminat dengan Asma Sungai Rajah dan ingin beramal sila sms saya pada no yang saya telah letakkan di blog ini, sekian jumpa lagi

Mahar Peringkat pertama rm250
Mahar Peringkat kedua rm250
Mahar Peringkat ke tiga rm250
Mahar Peringkat ke empat rm250

Sunday, 21 October 2012

Dekatkan diri dengan Allah s.w.t

Asalamualaikum pembaca yang saya sayangi semua, alhamdulillah segala nikmat yang diberikan kepada kita. Sesungguhnya ujian dalam kehidupan adalah perkara biasa kerana ujian dalam hidup adalah salah satu cara untuk kita mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Ramai juga yang mengeluh apabila diuji kerana tidak faham tentang konsep ujian, sehinggakan tidak mahu demam sepanjang hidup. Allahu...Perjalanan yang penuh dengan ujian adalah perjalanan para Kekaih Allah dimana mereka ini penuh dengan ujian.

Cara yang paling terbaik dan selamat ialah kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana Dialah tempat kita mengadu yang tidak pernah jemu dengan permintaan hambaNya sedangkan manusia cepat mengeluh apabila kita mengadu kepadanya.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan amalan penenang jiwa, penyelesaian masalah dalam kehidupan boleh hubungi saya dengan no yang tertera di atas blog. Salam ukhuwah

Monday, 10 September 2012

Ujian hidup.....

Asalamualaikum semua

Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana diberikan berbagai nikmat dengan free sahaja, Allah s.w.t tidak cas kita di hujung tahun walaupun banyak nikmat Allah s.w.t kita gunakan. Ramai manusia ditimpa ujian tidak kira siapa dia bangsa dia dan agama dia, semua orang ada ujian dalam hidup. Ini adalah lumrah dalam kehidupan, sesiapa yang tidak mahu ujian dalam hidup dia akan lemas dalam kehidupannya sendiri.

Bagi kita yang Islam dan beriman kepada Allah s.w.t perlulah sedar dan tahu bahawa ujian itu adalah untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t. Kita sebagai manusia memang payah untuk memahami game Allah s.w.t. ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak tahan, ada yang sanggup bunuh anak, ada yang sanggup bunuh emak dan sebagainya.

Ingatlah Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kita cuma kita kene dekat pada Nya supaya dapat jawapan atas segala yang terjadi bukan hanya meratapi hari-hari yang berlalu. Sebagai perkongsian sama-sama kita amalkan surah al-fatehah sebanyak-banyaknya supaya Allah s.w.t berikan kita kekuatan dalam mengharungi derita hidup keran Al-Fatehah adalah ibu Al Quran. Jika inginkan amalan yang lain untuk pengukuhan hati dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sila berhubung dengan saya sekian kita jumpa lagi insyaallah.

Wednesday, 5 September 2012

Ubat gigi boleh rawat buasir?????

Asalamualaikum sahabat semua, alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara keimanan daripada Allah s.w.t. Semoga dengan kesedaran ini kita semakin bersyukur dengan Allah s.w.t. Pada hari ini saya teruja untuk kongsikan kepada sahabat semua satu produk yang terhangat juga dipasaran dan pada mulanya kita hanya mengenalinya dengan minyaksahaja akan tetapi kini kegunaannya telah dikaji dan sebenarnya mampu mengubati semua jenis penyakit dengan izi Allah s.w.t

Apakah yang saya maksudkan sebenarnya? dialah gamat, yang kita kenali selalu dengan minyak gamat. Gamat merupakan satu anugerah alam yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukan sekadar menghiasi pantai yang indah tetapi mampu menjadi penawar kepada penyakit, bukan saya kata tapi saintis yang mengatakan demikian. Tajuk diatas bukan omong kosong tetapi inilah produk yang dikembangkan agar masyarakat kita tahu gamat bukan sekadar sapu diperut atau luka tapi boleh dikembangkan menjadi penawar kepada buasir dengan menyapunya sahaja dengan ubat gigi gamat. Tak percaya? cubalah oder satu baru tahu ^_^ insyaallah banyak lagi produk yang akan saya kongsikan satu-satu ye ^_^ jika ada yang berminat sila sms atau call 0108352866 sesiapa yang berminat menjadi ahli dibawah saya, banyak kelebihan yang anda akan dapat antaranya anda akan diberi amalan murah rezeki yang sangat ampuh insyaallah